HADIS 4- ASAL KEJADIAN MANUSIA DAN TAKDIR


Dari Abi Abdirrahman Abdullah bin Mas’ud

Sesungguhnya setiap seorang dari kamu dihimpun dalam perut ibunya 40 hari sebagai nutfah, kemudian menjadi ‘alaqah selama itu dan kemudian menjadi nutfah selama itu pula. Lalu diutuskan seorang malaikat yang kemudian meniupkan roh kepadanya dan diperintahkan untuk menulis 4 perkara: ajalnya, amalnya, rezekinya dan bahagia atau sengsara hidupnya. Demi allah tiada sembahan yang berhak dibandingi dengan Nya. Sesungguhnya salah seorang di antara kalian melakukan ketaatan sehingga jarak antara syurga dengannya hanya tinggal satu hasta, namun kemudian dia didahului oleh takdir lalu dia melakukan kemaksiatan sehingga dia pun masuk neraka. Dan ada di antara kalian yang melakukan kemaksiatan sehingga jarak antara neraka tinggal satu hasta,namun kemudian ia didahului dengan ketetapan takdir dan dia melakukan amalan ahli syurga(ketaatan) sehingga dia pun masuk syurga.



1. Hadis ini menghuraikan asal kejadian manusia di dalam rahim ibu yang terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat pertama sebagai nutfah (air mani) kemudian menjadi ‘alaqah(gumpalan darah) dan akhirnya menjadi mudghah(gumpalan daging).

Asal kejadian manusia ini juga disebut dalam firman Allah di dalam surah Al-Mu’minun (12-14)

Maksudnya: ‘’ dan sesungguhnya kami telah mencipta manusia dari saripati berasal dari tanah di dalam rahim. Kemudian air mani itu kami jadikan sesuatu yang melekat lalu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang berbentuk lain. Maha suci Allah pencipta yang paling baik.



Sesungguhnya kejadian manusia ini membuktikan bahawa kekuasaan Allah swt sebagai pencipta. Kita seharusnya menginsafi kekerdilan sebagai hamba dan menyedari asal kejadian kita yang hanya dari setitis air yang hina lalu Allah memuliakan kita sebagai khalifah.

Hadis ini juga menerangkan bahawa dalam tempoh 120 hari iaitu 3 peringkat yang disebutkan, ia belum lagi disebut manusia. Sekiranya berlaku keguguran dalam masa 4 bulan ini, maka tidak perlu dimandikan, dikafankan, dan disolatkan.



2. Kita tidak boleh menetapkan atau menjamin seseorang itu masuk syurga atau neraka sekalipun diketahui bahawa dia melakukan segala jenis amalan kebaikan atau kemaksiatan.



3. Setiap insan wajib memiliki rasa takut dan khuatir dalam jiwa mereka dan sentiasa memohon husnul khotimah dan dilindungi dari su’ul khotimah. Antara faktor-faktor husnul khotimah iaitu kesudahan yang baik adalah;



- Istiqomah dalam amlan kebaiakan

- Bertaqwa

- Bersangka baik dengan Allah

- Jujur dan bercakap benar(siddiq)

- Bertaubat

- Mengingati mati

- Wasapada pada perkara yang membawa kepada su’ul khotimah

Manakala antara sebab-sebab yang boleh mendorong kepada su’ul khotimah adalah:

- bergantung selain dari Allah

- rosak akidah

- tidak istiqomah

- cintakan dunia yang sementara

- terbiasa dengan kemaksiatan

- menunda-nunda taubat

0 comments: