salam ramadhan pd semua umat islam
same2 tingkatkan ibadah dan amalan2 sunat
carilah lailatul qadr yg lbh baik dr seribu bulan
smg kita diberkati dan dirahmatiNya
2010/08/02 berita harian
KUALA LUMPUR: Suara pemimpin pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal dipadukan pada Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Galeri Kulliyah Seni Bina dan Seni Reka (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, jam 8.30 malam ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bakal membaca puisi buat julung kalinya pada malam puisi bertema `Gaza: Deritamu Palestin, Derita Kami’, sekali gus melancarkan Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestin ABIM
Selain Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, pemimpin politik dan NGO yang mendeklamasikan puisi ialah Presiden ABIM, Muhammad Razak Idris; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mohd Nur Manuty.
Nasharudin berkata, gabungan suara rakyat Malaysia terhadap Palestin dan secara khususnya Gaza, menunjukkan sumbangan mereka dalam pelbagai bentuk termasuk puisi yang menjadi mesej kepada umat Islam di negara itu bahawa mereka tidak bersendirian menghadapi keganasan Israel.
Katanya, isu umat Islam di Palestin, menghimpunkan manusia sejagat termasuk rakyat Malaysia pelbagai agama dan fahaman menyokong Gaza serta Palestin.
“Sumbangan kepada rakyat Palestin boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti ditegaskan dalam buku Sheikh Raed Salah, pengarang yang ditahan Israel dan turut terbabit dalam konvoi kapal Freedom Flotilla,” katanya.
Sementara itu, Mohd Nur berkata, Malam Puisi Riong menjadi tanda kesepaduan yang merentasi sempadan politik dan negara terhadap kesengsaraan dan kesempitan rakyat Palestin termasuk penduduk Gaza.
“Kita sebahagian daripada ummah dan rakyat Malaysia perlu menyatakan sokongan moral, dokongan kebendaan dan apa saja sumbangan kepada rakyat Palestin,” katanya.
Malam Puisi Riong BH-ABIM yang mendapat kerjasama Global Peace Malaysia (GPM) dan UIAM, mempersembahkan deklamasi puisi oleh Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Profesor Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (KIRKHS) UIAM, Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan.
Turut dimeriahkan majlis itu adalah Peneliti Mushaf Malaysia Yayasan Restu, Muhammad Uthman el-Muhammadi; Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Lim Swee Tin; Karyawan Tamu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob dan penyair, Marsli NO.
Ia juga dimeriahkan dengan lagu puisi oleh penyanyi lagu bernafas ketuhanan, Ramli Sarip; Peserta Akademi Nasyid Ketiga, Mohd Shukri Nasron atau lebih dikenali sebagai Cicik dan penyanyi lagu puisi dari Pulau Pinang, Ahmad Ramli.
Sunday, April 18, 2010
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
utusan.com.my
KUALA LUMPUR 17 April - Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi menangani isu pembuangan bayi di kalangan remaja.
Ia antara 12 resolusi yang dipersetujui HEWI PKPIM pada persidangan meja bulat berkenaan isu pembuangan bayi yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak hari ini.
Kerjasama itu diadakan kerana mahasiswa ingin bersama-sama dengan kerajaan dan masyarakat untuk memastikan generasi muda Islam di negara ini bebas daripada gejala sosial menjelang 2020.
Perbincangan itu dikendalikan oleh Naib Presiden HEWI PKPIM, Nor Akmariah Abdullah dengan ahli panel terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Sopian Ibrahim dan Pegawai Penyelidik Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS), Aminah Ismail.
Selain itu ialah Ketua Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq dan Ahli Jawatankuasa Belia Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Maryam Aizuddin.
Nor Akmariah ketika mengumumkan perkara itu berkata, resolusi lain yang dipersetujui ialah melaksanakan program-program kesedaran mengenai isu pembuangan bayi baik yang berskala besar atau kecil.
''Kami juga bersedia membantu mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan program-program kesedaran di kawasan masing-masing,'' katanya.
Menurutnya, pihaknya juga akan memperbanyakkan program pembangunan remaja lelaki dan perempuan untuk tempoh jangka panjang dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri yang kukuh, menjadikan ilmu sebagai keutamaan dan mempunyai pegangan agama yang kukuh.
''Selain itu kami juga akan memperkasakan siri-siri kuliah agama anjuran PKPIM supaya dapat memperbetul dan memperkukuhkan pandangan hidup remaja sebagai seorang muslim,'' katanya.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara
yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) UIAM dan Pusat Dakwah dan Tarbiah Orang Asli, Kok Lanas yang lebih dikenali dengan Islamic Outreach Abim (IOA) kini giat mengadakan program-program yang berunsurkan dakwah dan ukhuwah serta pengukuhan jati diri dalam diri pelajar orang asli di negeri ini.
Usaha tersebut dikembangkan melalui program yang bertempat di Pusat Dakwah dan Tarbiah Orang Asli, Kok Lanas pada 2 hingga 3 Julai 2010. Program 2 hari 1 malam ini melibatkan 33 pelajar di sini yang terdiri dari pelajar orang asli dari Kedah dan Cameron Highlands, Burma dan Thailand serta 2 orang pelajar Institut Dakwah Islamiah Perkim ( IDIP).
Pengarah programnya, Mohd Izwan bin Abdullah berkata, program yang turut dibantu oleh 2 orang pelajar UMP, UITM dan SIC ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara ahli PPIK dan pelajar IOA yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur. Selain itu, program ini juga adalah untuk memupuk semangat kerjasama, disiplin dan sikap bertanggungjawab di kalangan pelajar di sini khususnya.
Hadir sama Yang Dipertua (YDP) ABIM Mohd Faisal Abdullah yang dijemput khas bagi merasmikan majlis perasmian penutup program dan YDP PPIK, Faizul Afzan Mamat. Ustaz Faisal Abdullah berkata, program ini adalah satu program yang amat bagus dan harus dijadikan program tahunan PPIK UIAM untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan pelajar di sini dan mencadangkan supaya kami turut mengadakan program bersama anak yatim di Rumah Putera dan Puteri Harapan (RPH).
Seorang peserta yang berasal dari Thailand , Norshamira Sulaiman,14,berkata, program ini amat menyeronokkan kerana kami didedahkan dengan ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), perbincangan dan pembentangan, i- Explorace serta sesi muhasabah yang dikendalikan oleh Saudara Faizul Afzan Mamat. Pendekatan yang digunakan oleh beliau amat sesuai dengan tahap pemikiran dan peringkat umur peserta.
Selain itu, program ini mengajar kami supaya bangun lebih awal untuk mengadakan Qiamullail pada jam 5 pagi. Ini kerana Qiamullail merupakan satu ibadah yang mengajar erti pengorbanan masa tidur dan seterusnya kami dapat menunaikan solat Subuh berjemaah lebih awal dan mendengar kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Amin.” kata Salman b. Mohd Yusoff, 10 tahun.
Program ini juga mendedahkan para peserta supaya mempraktikkan 6 Budaya IOA yang telah kami reka khas bersesuaian dengan keadaan di sini. 6 Budaya IOA ini adalah budaya senyum, salam, sapa(tegur), setiakawan, susun selipar dan salin nota.
Lagu tema bagi program ini adalah “ Demi Matahari” yang kelihatan amat digemari para peserta kerana mereka dilihat sungguh bersemangat turut menyanyi dan menggayakan lagu tersebut. Diharap semoga program akan datang akan lebih hebat dan memberi kesan yang lebih baik kepada para peserta demi melahirkan generasi berilmu, beriman dan beramal soleh. InsyaALLAH.
Disediakan oleh,
( NOOR AZURA MAT SAFALISAN ),
Penolong Pengarah,
Kem Mahabbah.
6 02 2009
Gharqad juga dikenali sebagai boxthorn dan nama saintifiknya Nitraria retusa. Website dari Israel (.il) merujuknya sebagai ’salt tree’. Pokok ini juga didapati tumbuh di sekitar Pakistan, Iraq, Syria, Jordan, Arabia dan Utara Afrika. Didapati maklumat tentang tumbuhan ini tidaklah sebanyak maklumat spesies tumbuhan lain di Wikipedia. Kenapa agaknya?Mmm… Meh nak citer ni…
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “.
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Menurut sumber maklumat ini, dia telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw….Cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu’alam.
JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Sumber :- http://www.. omaQ. org
Mengapa mengeluh….?
Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya…
Kita bertanya: kenapa diri diuji??
Quran menjawab: Apakah manusia itu mengira bahawa mrk dibiarkan saja mengatakan “kami telah beriman, sedangkan mrk tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sbelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 y benar, dan sesungguhnya Allah mengetahui org yg brdusta ” (surah al-ankabut :2-3).
Kita bertanya: kenapa aku tak dapat apa yg aku idamkan??
Quran menjawab: “boleh jd kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jd kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. (surah al-baqarah:216)
Kita bertanya: kenapa ujian seberat ini??
Quran menjawab: Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya. (surah al-baqarah :286)
Kita bertanya: kenapa kita rasa kecewa??
Quran menjawab: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman (surah al-imran:139)
Kita bertanya: bagaimana aku harus menghadapinya??
Quran menjawab: mintalah pertolongan drp Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bg org2 y khusyuk (surah al-baqarah :45)
Kita bertanya:kpd siapa aku mengharap??
Quran menjawab: cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kpdNya aku bertawakkal (surah al-taubah: 129)
Kita bertanya: apa yg aku dapat dr semua ujian ni??
Quran menjawab: sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 Mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga kpd mereka (surah al-taubah :111)
Kita berkata: sampai bila aku akan merana begini??
Quran menjawab: “maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (surah al-insyirah:5-6)
Jangan bersedih lagi…..sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan sbg panduan kpd kita dan menjadi penenang hati bg org Mukmin..sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba2Nya yg senantiasa berserah diri dan bertawakkal kpdNya semata….
sifat Malu…..Ulasan usrah mingguan(29/12/2009)
Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)
Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya setiap agama ada akhlak tersendiri dan akhlak Islam adalah malu” (Ibnu Majah:4181)
Hadith tersebut tidak bererti satu-satunya akhlak dalam Islam adalah malu akan tetapi akhlak yang paling sempurna dalam Islam adalah sifat malu. Betapa agungnya malu dalam akhlak Islam!
Malu ertinya dari segi bahasa adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif. Maka sifat malu itu sendiri adalah sifat yang mulia dan terpuji jika difahami secara benar maksud dan tatacaranya.
Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)
apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Seperti yang kita lihat fenomena hari ini, manusia sudah hilang nilai2 murni seorang muslim. Salah satu penyebabnya kerana hilangnya rasa malu...
Dari Abu Mas’ud iaitu Uqbah al-Anshari mengatakan bahawa “Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“ Sesungguhnya di antara hal-hal yang ditemui (didapatkan) dari ucapan kenabian yang pertama ialah : Apabila kamu tidak malu, maka lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki”
perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya. , namun dalam bab ilmu dan menyatakan kebenaran jangan pula malu menghalangi diri kita. Malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas.
“Bila manusia terbiasa dengan sifat malu, maka pada dirinya terdapat faktor-faktor yang mendorong kepada kebaikan. Sebaliknya orang yang tidak tahu malu dan terbiasa berbicara kotor, maka pada dirinya tidak akan ada faktor yang mendorong kepada kebaikan, yang ada hanya kejahatan”.
Sama-sama kita renungi……
22 SEP 2009
Alhamdulillah perjalanan konvoi raya berjalan dengan lancar. Seramai 10 orang yang terlibat. Di antaranya ialah kak mija, arina,mizah USM k.kerian,afdalila, kak zura dan adiknya manakala wakil dari pihak lelaki ialah abg afzan, syahiran,afif dan zulamin. Walaupun ramai yang tidak dapat turut serta dalam konvoi ini, namun kami merasa sangat teruja kerana dapat beraya ke 3 buah rumah. Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah Ustaz Faisal selaku YDP ABIM KELANTAN. Kami dijamu dengan sate, nasi himpit,roti jala, ketupat dan berbagai jenis biskut raya. Kami menjamu selera sambil mendengar sedikit ucapan dan kata-kata semangat daripada Ustaz Faisal. Beliau menggalakkan kami semua supaya bergiat aktif di dalam persatuan kerana melalui persatuan, kita dapat menimba banyak ilmu, pengalaman, serta semangat setiakawan. Selain itu, kak mija sempat juga berbincang dengan beliau tentang program PPIK yang datang.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke rumah sahabat PPIK UIAM, iaitu rumah saudari afdalila. Selepas menunaikan solat zohor berjemaah di rumahnya, kami menjamu selera. Alhamdulillah kenyang betul,macam dah tak larat nak makan lagi. Kebetulan ibu dan ayah afdalila merupakan orang yang aktif juga di dalam ABIM suatu ketika dulu. Tak kurang afdalila juga, beliau seorang yang aktif dalam BRIGED BAKTI sewaktu di sekolah dahulu.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah Ustaz Kamaruddin, salah seorang yang kuat ABIM suatu ketika dulu. Wah, bersemangat sungguh beliau bercerita tentang sejarah PPIK serta pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dalam PPIK dulu. Saya dapat melihat perbualan rancak di antara abg afzan, ustaz kamaruddin, mizah serta afdalila tentang ABIM dan PPIK kerana mereka telah lama bergiat aktif di dalam jemaah ini. Adik kak zura pula hanya mampu mendengar kerana dia belum mengerti dengan erti jemaah kerana masih lagi di bangku sekolah. Pada jam 4 petang, kami bersurai kerana masing-masing ada urusan dan perlu pulang awal.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai konvoi ini terutama Biro Kebajikan PPIK khususnya buat arina kerana telah bersusah payah dalam menguruskan program sebelum dan sepanjang program untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Walaupun program ini hanya disertai oleh 10 orang, namun ia memberi seribu makna dan kenangan buat yang terlibat. Tahniah dan bersyukurlah kerana ia tetap dapat dijalankan dengan izin Allah kerana kuantiti yang banyak tidak menjamin kualiti yang baik. Semoga di tahun akan datang kita dapat membuat perancangan lebih awal agar dapat melibatkan ramai ahli PPIK dari semua kampus dan lebih banyak rumah yang dikunjungi.
Ukhuwwah fillah

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua hal yang tak dapat dipisahkan. Cinta yang dilandasi iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan sebaliknya cinta yang tidak dilandasi iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana dua sayap burung. Al Ustadz Imam Hasan Al Banna mengatakan bahwa dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan. Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lezat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tak lezat tanpa iman. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw: Barang siapa ingin memperoleh kelezatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya karena Allah swt. (riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah).
Tidak heran ketika Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan istri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah saw hanya karena pengakuan seorang wanita tua bahwa ia telah menyusukan pasangan suami istri itu di saat mereka masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan. Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada istrinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahwa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan istrinya tsb. Pemuda Abdullah memandang perintah tsb dengan kaca mata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tsb demi mempererat kembali cintanya kepada Allah.
Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu karena Allah, saling mencinta karena Allah, bahkan telah bercinta karena Allah, namun mereka juga rela berpisah karena Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya. Bagaimana halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang berpacaran atau sudah bercinta sebelum menikah? Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah karena Allah, niscaya akan terasa lezat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai si dia lebih dari pada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Dari Anas ra, dari nabi saw, beliau bersabda artinya:
Ada tiga hal dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, yaitu mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya karena Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api. (HR. Bukhari dan Muslim).
Dari Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda artinya:
Demi zat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, kamu sekalian tidak akan masuk surga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai (HR Muslim
WARKAH BUAT RAMADHAN…
Salam sejahtera selembut sutera seikhlas hati setulus budi buatmu yang bernama Ramadhan.Sekian lamanya ku menanti kehadiranmu untuk ku belai dan merasai ketenangan duduk dipangkuanmu. Kau hadir dengan sebuah senyuman yang cukup menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang senyumanmu itu akan pudar ketika meninggalkanku, aku takut aku tak dapat melayanmu dengan sebaiknya...
Teringat aku pada waktu dulu, aku sering melupai akan dirimu, kehadiranmu tidak ku hiraukan kau dan hari-hari lain sama sahaja bagiku, tapi kau dengan sabar mengunjungiku setiap tahun demi untuk memberiku setitis tinta kebenaran. seringkali aku membiarkanmu sendirian dari awal kedatanganmu sehingga kau pergi meninggalkanku…..
Alangkah ruginya aku kerana membiarkanmu sendirian, sedangkan kau adalah tetamu yang paling istimewa buat diriku. Kini aku sedar kewujudanmu terlalu amat penting buat diriku sebagai manusia dan hamba kepada yang Esa. Lalu setiap kali kau akan datang aku akan menunggu dengan penuh debaran, penuh pengharapan, ya harapan untuk melalui hari-hari bersamamu dengan penuh pengisian. Kehadiranmu kali ini tidak kupersiakan, setiap malam aku bersamamu untuk berterawih dan bertadarrus, bertahajjud, berzikir,bermunajat dan beristighfar.
Setiap hari ku perbanyakkan amalan sunat supaya aku dapat mencari keredhaanNya. ternyata kehadiranmu memberi erti yang amat bermakna buat diriku.
kau telah mentarbiah, mendidik, membimbing, memimpin aku untuk menjadi insan yang soleh dan solehah... terima kasih kuucapkan kerana membawa aku dekat pada Allah swt. InsyaAllah aku akan tetap bersamamu untuk mengadap yang Kuasa, menyatakan kesyukuran diatas nikmat pemberian.
ku harap kau tidak lagi bersedih dengan sikapku, maafkan aku diatas kesilapan yang lalu, doamu telah termakbul untuk melihatku kembali sebagai seorang hamba yang taat pada Allah.
sebelum berpisah ku harap kita akan terus dipertemukan oleh yang Maha Esa untuk kita bersama berjuang menuju keredhaan dan mencari cinta kasih dari Allah swt dan untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan didunia dan akhirat.
Jazakallahukhairan khasira...wassalam
salam mujahdah bil iamn wat taqwa…
barakallahu fiikum..
RAMADHAN KAREEM…!!!
Ramadhan......
Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu
Ramadhan
syahrul siam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakabbir
Ramadhan
syahrul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud pada
Ar-Rahman
Ramadhan
syahrul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung
Ramadhan
syahrul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya
Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi pinjamanku…
